Malaysia legislation

Section 104

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 104

Penerimaan dan penggulungan

(1)

Peruntukan Bahagian VIII dan X Akta Syarikat 1965 (setakat yang ia berhubung dengan sesuatu syarikat yang dihadkan melalui syer) hendaklah terpakai bagi penerimaan dan penggulungan sesuatu syarikat Langkawi, tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian yang Menteri boleh membuat melalui perintah, dan khususnya rujukan kepada suatu “syarikat” hendaklah dikira sebagai rujukan kepada suatu syarikat Langkawi.

(2)

Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972 [P.U. (A)

289/1972] hendaklah juga terpakai bagi penggulungan sesuatu syarikat Langkawi, tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian yang

Menteri boleh membuat melalui perintah, dan khususnya rujukan kepada suatu “syarikat” hendaklah dikira sebagai rujukan kepada suatu syarikat Langkawi.

(3)

Dalam seksyen ini, “pengubahsuaian” termasuklah pindaan, penyesuaian, perubahan, variasi, penambahan, pembahagian, penggantian atau pengecualian.

Section 104 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005