Malaysia legislation
Section 116
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 116
Penalti ingkar
(1)
Jika dalam atau di sebelah bawah mana-mana seksyen atau bahagian suatu seksyen Akta ini terdapat ungkapan “Penalti ingkar”, ia hendaklah menunjukkan bahawa mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan terhadap Akta ini berhubung dengan seksyen atau bahagian seksyen itu melakukan suatu kesalahan lanjut terhadap Akta ini jika kesalahan itu berterusan selepas dia disabitkan dan boleh dikenakan suatu penalti tambahan bagi setiap hari kesalahan itu berterusan yang amaunnya tidak melebihi amaun yang dinyatakan dalam seksyen atau bahagian seksyen itu sebagai amaun penalti ingkar atau, jika suatu amaun tidak dinyatakan, yang amaunnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(2)
Jika apa-apa kesalahan dilakukan oleh seseorang oleh sebab kegagalannya untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini yang atau di bawahnya dia dikehendaki atau diarahkan melakukan apa-apa perkara dalam suatu tempoh tertentu, kesalahan itu, bagi maksud subseksyen (1), hendaklah disifatkan sebagai berterusan selagi perkara yang dikehendaki atau diarahkan dilakukan olehnya masih belum dilakukan, walaupun tempoh itu telah luput.
(3)
Bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini yang memperuntukkan bahawa seorang pegawai sesuatu syarikat
Langkawi, syarikat Langkawi asing atau syarikat penjamin yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau boleh dikenakan suatu penalti, ungkapan “pegawai yang ingkar” atau mana-mana ungkapan yang serupa ertinya mana-mana pegawai syarikat itu yang dengan disedarinya dan dengan sengaja—
(a)
melakukan kesalahan itu; atau
(b)
memberi kuasa atau membenarkan kesalahan itu dilakukan.