Malaysia legislation

Section 118

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 118

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 111

(1)

Pendaftar boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang terhadap Akta ini atau peraturan-peraturan dan ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan dalam peraturan-peraturan dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pendaftar suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberi oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Section 118 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005