Malaysia legislation

Section 121

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 121

Larangan oleh Menteri

(1)

Menteri boleh tanpa memberi sebab-sebab baginya, mengeluarkan, melalui pemberitahuan dalam Warta, arahan Menteri yang—

(a)

melarang pemerbadanan permulaan mana-mana syarikat

Langkawi atau kelas syarikat;

(b)

melarang pendaftaran permulaan sesuatu syarikat Langkawi asing; atau

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 113

(c)

mengarahkan mana-mana syarikat Langkawi supaya terhenti menjalankan perniagaannya atau sebahagian daripada perniagaannya sama ada dengan serta-merta atau dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

(2)

Suatu arahan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri.

Section 121 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005