Malaysia legislation

Section 123

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 123

Kuasa pengecualian

Menteri boleh, atas syor Pendaftar, apabila sesuatu permohonan secara bertulis dibuat, mengecualikan mana-mana syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing, atau mana-mana orang atau kelas orang, atau kelas syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing daripada mana-mana peruntukan Akta ini dan boleh, dalam memberikan pengecualian itu, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Menteri.

Section 123 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005