Malaysia legislation
Section 16
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 16
Juruaudit yang diluluskan
(1)
Tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya sesuai dikenakan, Pendaftar boleh meluluskan mana-mana orang untuk menjadi seorang juruaudit yang diluluskan bagi maksud
Akta ini.
(2)
Tiada seorang pun boleh melaksanakan kewajipan seorang juruaudit bagi suatu syarikat Langkawi melainkan jika dia ialah seorang juruaudit yang diluluskan.
(3)
Pendaftar boleh membatalkan mana-mana kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(4)
Pendaftar hendaklah menyimpan suatu daftar juruaudit yang diluluskan.
(5)
Seorang juruaudit yang diluluskan hendaklah membayar kepada Pendaftar apa-apa fi tahunan sebagaimana yang ditetapkan.