Malaysia legislation

Section 23

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 23

Kelulusan terdahulu pada prinsipnya

(1)

Sesuatu syarikat asing boleh, sebelum memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen 22, meminta supaya pendaftaran sedemikian diluluskan pada prinsipnya dan apabila permintaan itu dibuat dan fi yang ditetapkan dibayar, Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa syarikat itu layak untuk didaftarkan di bawah seksyen 22, mengeluarkan suatu perakuan yang mengesahkan kelulusannya bagi syarikat itu didaftarkan sedemikian tertakluk kepada sesuatu permohonan dibuat di bawah seksyen 22 dalam tempoh enam bulan dari tarikh perakuan itu.

(2)

Perakuan kelulusan yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) tidak melepaskan syarikat asing yang kepadanya perakuan itu dikeluarkan daripada mematuhi peruntukan seksyen 22 dalam permohonan bagi pendaftaran yang berikutnya.

Section 23 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005