Malaysia legislation
Section 33
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 33
Langkawi tidak ada anggota
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), jika pada bila-bila masa sesuatu syarikat Langkawi tidak ada anggota dan menjalankan perniagaan selama tempoh lebih dari enam bulan semasa ia tidak ada anggota, tiap-tiap pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen syarikat itu semasa syarikat itu menjalankan perniagaan selepas tempoh enam bulan itu yang menyedari bahawa syarikat itu tidak ada anggota hendaklah bertanggungan, dan jika lebih daripada seorang, bersesama dan berasingan, untuk membayar keseluruhan hutang syarikat itu yang diadakan semasa syarikat itu menjalankan perniagaan selepas tempoh enam bulan itu, dan pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen sedemikian melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini jika syarikat itu menjalankan perniagaan selepas tempoh enam bulan itu.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai berkenaan dengan seorang pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen suatu syarikat Langkawi yang tidak ada anggota yang menjalankan perniagaan syarikat itu selepas tempoh enam bulan, jika pegawai, pekhidmat, pekerja atau ejen itu berbuat sedemikian menurut kuasa suatu arahan Mahkamah atau di bawah arahan seorang pelikuidasi yang diluluskan yang dilantik berkenaan dengan syarikat itu.