Malaysia legislation
Section 38
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 38
Kuasa untuk menerbitkan syer dan hak pengundian
(1)
Sesuatu syarikat Langkawi hendaklah mempunyai kuasa untuk menerbitkan bilangan syer yang dinyatakan dalam memorandumnya, yang boleh dibahagikan kepada satu kelas atau lebih, dengan apa-apa nama, keutamaan, batasan dan hak relatif sebagaimana yang hendaklah dinyatakan atau diperuntukkan dalam perkara persatuan, dan semua harga dan nilai yang diberikan berkenaan dengan syer hendaklah dinyatakan dalam mata wang selain mata wang Malaysia.
(2)
Perkara persatuan boleh membataskan atau menafikan hak pengundian, atau memperuntukkan hak pengundian khas, bagi syer daripada mana-mana kelas atau syer dalam mana-mana kelas setakat ia tidak menjadi tidak selaras dengan peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan.
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
Syarikat Langkawi berurus niaga dalam syer sendiri, dsb.