Malaysia legislation
Section 55
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 55
Daftar gadaian
(1)
Tiap-tiap syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya sesuatu daftar gadaian dan hendaklah mencatatkan dalamnya semua gadaian yang khususnya melibatkan harta syarikat itu dalam masa satu bulan selepas pewujudan gadaian itu, dengan memberikan dalam setiap hal suatu perihalan ringkas mengenai harta yang digadaikan itu, amaun yang didapatkan melalui gadaian itu, nama pemegang gadaian atau orang yang berhak terhadap gadaian itu, dan butir yang berhubungan dengan penyelesaian atau pelepasan daripada gadaian sedemikian.
(2)
Jika mana-mana harta suatu syarikat Langkawi atau syarikat
Langkawi asing digadaikan tanpa dibuat catatan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1), tiap-tiap pegawai syarikat itu yang dengan disedarinya dan dengan sengaja memberi kuasa atau membenarkan peninggalan catatan sedemikian melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Penalti: Sepuluh ribu ringgit.
(3)
Tiap-tiap syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap surat cara yang mewujudkan apa-apa gadaian disimpan di pejabat berdaftarnya.
66
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(4)
Daftar gadaian dan salinan surat cara yang disimpan menurut seksyen ini hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pemiutang dengan kelulusan seorang pengarah atau anggota syarikat itu pada bila-bila masa yang munasabah tanpa apa-apa bayaran.
(5)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen (3)
atau (4), syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.