Malaysia legislation

Section 63

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 63

Kewajipan dan liabiliti pegawai

(1)

Tiap-tiap pegawai sesuatu syarikat Langkawi hendaklah pada setiap masa bertindak dengan jujur dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipan jawatannya.

(2)

Seseorang pegawai suatu syarikat Langkawi tidak boleh menggunakan secara tidak patut apa-apa maklumat yang diperoleh oleh sebab jawatannya untuk mendapatkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa faedah bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain atau untuk menyebabkan kemudaratan kepada syarikat itu.

(3)

Seorang pegawai suatu syarikat Langkawi yang melanggar seksyen ini—

(a)

adalah bertanggungan kepada syarikat itu bagi apa-apa keuntungan yang dibuat olehnya dan bagi apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh syarikat itu oleh sebab pelanggaran itu; dan

(b)

melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(4)

Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidaklah mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang lain yang berhubungan dengan kewajipan atau liabiliti pengarah atau pegawai suatu syarikat.

Section 63 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005