Malaysia legislation
Section 70
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 70
Pengundian oleh anggota
(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam memorandum atau perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, semua syer mengundi sebagai satu kelas dan setiap syer mempunyai satu undi.
(2)
Pengarah suatu syarikat Langkawi boleh menetapkan tarikh notis suatu mesyuarat diberi sebagai tarikh rekod bagi menentukan syer yang berhak mengundi di mesyuarat itu.