Malaysia legislation

Section 77

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 77

Tempat daftar disimpan

(1)

Melainkan jika Pendaftar mengarahkan selainnya, daftar anggota sesuatu syarikat Langkawi hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu dan hendaklah dibuka untuk diperiksa tanpa apa-apa caj oleh mana-mana anggota sahaja.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah, dalam masa satu bulan selepas daftar itu mula-mula disimpan di suatu tempat selain pejabat berdaftar syarikat itu, menyerahkan kepada Pendaftar notis mengenai tempat di mana daftar itu disimpan dan hendaklah, dalam masa satu bulan selepas apa-apa pertukaran dalam tempat di mana daftar itu disimpan, menyerahkan kepada Pendaftar notis mengenai pertukaran itu.

Section 77 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005