Malaysia legislation
Section 84
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 84
Juruaudit hendaklah dilantik
(1)
Tertakluk kepada seksyen 85, pengarah sesuatu syarikat
Langkawi hendaklah, dalam masa sembilan puluh hari selepas ia diperbadankan, melantik seorang atau orang-orang sebagai juruaudit atau juruaudit-juruaudit syarikat itu.
(2)
Suatu syarikat Langkawi hendaklah, apabila ia melantik seorang juruaudit, menyerahkan kepada Pendaftar, dalam masa
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 89
tiga puluh hari dari tarikh pelantikan juruaudit itu, suatu notis mengenainya dalam borang yang ditetapkan berserta dengan persetujuan bertulis juruaudit itu.