Malaysia legislation
Section 86
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 86
Sesuatu syarikat Langkawi tidak perlu melantik seorang juruaudit selama—
(1)
Suatu syarikat Langkawi boleh, di suatu mesyuarat anggota yang notis khas mengenainya telah diberi kepada juruaudit dan Pendaftar, tetapi tidak sebaliknya, memberhentikan seorang juruaudit daripada jawatannya, tetapi hendaklah di mesyuarat yang mana juruaudit itu diberhentikan atau di suatu mesyuarat anggota yang diadakan dalam masa sebulan kemudiannya melantik seorang juruaudit yang diluluskan untuk mengambil tempat juruaudit yang diberhentikan itu.
(2)
Seorang juruaudit bagi suatu syarikat Langkawi boleh, jika dia bukannya seorang juruaudit tunggal, meletakkan jawatannya pada bila-bila masa tetapi seorang juruaudit tunggal bagi suatu syarikat Langkawi boleh meletakkan jawatannya di suatu mesyuarat anggota sahaja.
(3)
Jika seorang juruaudit memberikan notis bertulis kepada pengarah suatu syarikat Langkawi bahawa dia berhasrat untuk meletakkan jawatannya, pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, memanggil suatu mesyuarat anggota syarikat itu bagi maksud melantik seorang juruaudit bagi menggantikan juruaudityang berhasrat untuk meletakkan jawatannya, dan apabila juruaudit yang lain telah dilantik peletakan jawatannya itu akan berkuat kuasa.
90
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(4)
Suatu syarikat Langkawi hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari apa-apa pertukaran juruaudit syarikat itu, menyerahkan kepada Pendaftar suatu notis mengenainya dalam borang yang ditetapkan dan notis itu hendaklah disertakan dengan persetujuan bertulis juruaudit yang baru itu.