Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
KUMPULANWANG SIMPANAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
(1969)
tidak menyatakan dalam Penyata Kewangannya pematuhan kepada mana-mana Piawaian Perakaunan yang digunapakai dan diluluskan di
Malaysia. Begitu juga dengan maklumat perbandingan dalam penyata kewangan Kumpulanwang pada 31 Disember 2015 dan penyata pendapatan dan keuntungan terkumpul dan penyata aliran tunai Kumpulanwang bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan pendedahan yang berkaitan. Kami tidak terlibat untuk melaporkan maklumat perbandingan yang dinyatakan semula dan ia tidak diaudit. Tanggungjawab kami sebagai sebahagian daripada audit kami terhadap penyata kewangan Kumpulanwang bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dalam keadaan ini, termasuk mendapatkan bukti audit yang mencukupi bahawa baki awal pada 1 Januari 2016 tidak mengandungi salah nyata yang memberi kesan secara material terhadap kedudukan kewangan pada 31 Disember 2016 dan prestasi kewangan dan aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.