(1969)
PERATURAN 1969 (SEPERTI YANG DIPINDA)
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012
Laporan Mengenai Penyata Kewangan
Kami telah mengaudit Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (1969) Peraturan 1969 (seperti yang dipinda) yang mengandungi Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2012, Akaun Pengasingan
Pendapatan dan Perbelanjaan dan Akaun Ahli-ahli yang mencarum untuk tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut, dan ringkasan dasar-dasar perakaunan penting dan lain-lain nota keterangan.
Tanggungjawab Pihak Pengurusan Ke Atas Penyata Kewangan
Pihak Pengurusan adalah bertanggungjawab bagi penyediaan Penyata Kewangan yang memberikan pandangan yang benar dan saksama menurut Seksyen 60
Akta Kerajaan Tempatan, 1976, Pekeliling Perbendaharaan dan Piawaian Laporan
Entiti Persendirian di Malaysia dan kawalan dalaman yang dianggap perlu oleh pihak pengurusan untuk membolehkan penyediaan Penyata Kewangan yang bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.
Tanggungjawab Juruaudit
Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat ke atas Penyata
Kewangan, berdasarkan audit kami. Kami telah mengendalikan audit kami menurut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian-piawaian tersebut memerlukan kami patuh dengan keperluan beretika dan merancang dan melaksanakan audit untuk mencapai kepastian yang munasabah sama ada Penyata
Kewangan tersebut bebas daripada salah nyata yang ketara.
Sesuatu audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur untuk memperolehi bukti audit mengenai jumlah dan pendedahan dalam Penyata Kewangan. Pemilihan sesuatu prosedur adalah bergantung kepada pertimbangan kami termasuk penilaian risiko salah nyata yang ketara di dalam Penyata Kewangan, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko, kami menimbangkan kawalan dalaman yang relevan bagi penyediaan Penyata Kewangan
Majlis yang memberikan pandangan yang benar dan saksama bagi membentuk prosedur audit yang sesuai berdasarkan keadaan, tapi bukan bagi tujuan menyatakan pendapat terhadap keberkesanan kawalan dalaman Majlis. Sesuatu audit juga merangkumi penilaian terhadap kesesuaian dasar perakaunan yang digunapakai dan kemunasabahan anggaran perakaunan yang dibuat oleh pihak pengurusan, serta menilai pembentangan Penyata Kewangan secara keseluruhannya.
Kami percaya bahawa audit kami telah memberi asas yang munasabah untuk menyatakan pendapat kami.
635 7hb Nov. 2013]
Asas Kepada Pendapat Bersyarat
(i)
Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (1969) Peraturan 1969 (seperti yang dipinda) tidak menyatakan mengenai piawaian perakaunan dan polisi perakaunan yang diguna pakai yang dijadikan sebagai asas penyediaan Penyata Kewangan.
Oleh itu, kami tidak dapat menjalankan pemeriksaan kami berdasarkan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia. Kami juga tidak dapat menentukan kesannya ke atas Penyata Kewangan dan ke atas sebarang percanggahan dengan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia, jika ada, sekiranya pihak pengurusan membuat pendedahan mengenai piawaian perakaunan yang digunakan dan polisi perakaunannya.
(ii)
Penyata Perubahan dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai tidak disediakan oleh pihak pengurusan. Perkara ini adalah tidak sejajar dengan piawaian perakaunan yang disahkan di Malaysia.
Pendapat
Tertakluk kepada penemuan audit di atas pada pendapat kami penyata kewangan telah disusun dengan wajar menurut peruntukan Akta Audit, 1957, Seksyen 60
Akta Kerajaan Tempatan, 1976, Akta Perbendaharaan dan Piawaian Laporan
Entiti Persendirian untuk memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan Wang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang