Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
PENDEDAHAN PIHAK BERKAITAN
Identiti pihak berkaitan
Untuk tujuan penyata kewangan ini, sesuatu pihak adalah diangap berkaitan kepada MDTM sekiranya MDTM mempunyai keupayaan, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengawal atau mengawal bersama pihak tersebut atau mempunyai pengaruh signifikan terhadap pihak tersebut dalam membuat keputusan kewangan dan operasi, atau sebaliknya, atau di mana
MDTM dan pihak tersebut tertakluk kepada kawalan bersama. Pihak berkaitan mungkin individu atau entiti lain.
Pihak berkaitan juga termasuk kakitangan pengurusan utama yang ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk merancang, mengarah dan mengawal aktiviti-aktiviti MDTM sama ada secara langsung atau tidak langsung dan entiti yang menyediakan perkhidmatan kakitangan pengurusan utama kepada MDTM. Kakitangan pengurusan utama termasuk Yang Dipertua, MDTM, dan Ahli-Ahli Majlis yang merupakan pengurusan tertinggi
MDTM.