Malaysia legislation

Section 18

of LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI

Seksyen 18

1 Kesan Pemakaian MPSAS

Penyata kewangan ini disediakan mengikut rangka kerja perakaunan MPSAS iaitu bermula tahun peralihan pemakaian piawaian MPSAS iaitu 2016. Oleh itu, kesan pemakaian

MPSAS ditunjukkan daripada dasar-dasar perakaunan yang dinyatakan seperti berikut:

(i)

Aset dan Liabiliti

Pada tahun kewangan sebelum ini, beberapa item aset dan liabiliti kewangan diukur pada kos yang diperuntukkan keuntungan mengikut asas garis lurus. Penggunaan rangka kerja MPSAS menyebabkan item-item tersebut di ukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah keuntungan berkesan. Jumlah kos dilunaskan semua item tersebut akan dikira semula secara retrospektif dan perbezaan di antara jumlah kos dilunaskan dan nilai di bawa sebelumnya telah diselaraskan kepada baki awal

Kumpulan Wang Majlis.

(ii)

Peruntukan Manfaat Kakitangan

MPSAS 25 Employee Benefits menghendaki entiti mengiktiraf semua manfaat yang diberikan kepada kakitangan. Memandangkan MDTM mempunyai obligasi untuk membayar Ganti Cuti Rehat kepada kakitangannya apabila mereka bersara kelak, maka MDTM telah membuat peruntukan tersebut di dalam penyata kewangan ini.

Selain itu, MDTM juga telah membuat peruntukan sebanyak RM248,564.96 untuk pembayaran bantuan khas kewangan kepada kakitangan MDTM pada bulan Mei 2019.

16hb Julai 2020]

1185

(iii)

Elaun Hutang Ragu

Di dalam tahun kewangan sebelum ini (pemakaian PERS), salah satu dasar perakaunan MDTM berhubungan elaun hutang ragu adalah membuat peruntukan secara umum sebanyak 2% daripada jumlah tunggakan yang melebihi 6 tahun.

Pemakaian MPSAS menghendaki elaun hutang ragu ini dibuat secara khas iaitu bukan berdasarkan kepada pertimbangan. Oleh itu semua kesan berhubung elaun hutang ragu ini telah dibuat secara prospektif.

(iv)

Pengiktirafan Faedah ke atas Pinjaman Kepada Kakitangan

Di dalam tahun kewangan sebelum ini, MDTM mengiktiraf semua faedah yang akan diperolehi daripada pinjaman kakitangan pada ketika mengiktiraf pinjaman tersebut.

MPSAS 9, hasil daripada urusniaga pertukaran menghendaki faedah diiktiraf atas dasar perkadaran masa yang mengambil kira kadar pulangan hasil efektif ke atas aset. MDTM telah mengambilkira perubahan dasar perakaunan tersebut di dalam tahun kewangan semasa.

(v)

Pemansuhan Pendapatan Tertangguh

Rangka kerja Penyata Kewangan terdahulu mengiktiraf mana-mana Pemberian

Kerajaan Persekutuan atau Negeri diambilkira sebagai pendapatan tertangguh mengikut kadar jangka hayat aset berkenaan. MPSAS 9 menyatakan sebarang pemberian daripada Urusniaga Bukan Pertukaran perlu dilunaskan pada hasil yang akan memberi kesan kepada Penyata Prestasi Kewangan tahun semasa ianya diiktiraf. Justeru, pelarasan secara retrospektif pada tarikh peralihan dilakukan bagi amaun bawaan Pemberian Kerajaan Dipermodalkan daripada ekuiti, dilunaskan pada hasil. Penyata kewangan ini juga mengambilkira pelarasan bagi Kumpulan Wang

Pembangunan (RM1,848,893) dengan mengiktirafnya sebagai hasil berdasarkan keperluan peruntukan para 44, MPSAS 23.

Peruntukan dan Pengecualian yang memberi kesan ketara ke atas penyata kewangan

(i)

Aset Infrastruktur

MDTM memiliki aset infrastruktur iaitu jalan raya yang tidak dipermodalkan di dalam penyata kewangan. Di dalam tahun kewangan sebelum ini, semua kos yang terlibat bagi aset infrastruktur telah diiktiraf sebagai belanja di dalam Penyata

Prestasi Kewangan. MPSAS menghendaki aset-aset ini dipermodalkan. MDTM telah memilih peruntukan dan pengecualian bagi pengiktirafan aset infrastruktur ini bagi tempoh tiga tahun bermula dari tarikh menerimapakai MPSAS atau sehingga aset tersebut diiktiraf dan diukur (mana yang terdahulu). Ini disebabkan

MDTM masih lagi di dalam proses untuk menyelenggara maklumat berhubungan aset infrastrukturnya.

Peruntukan dan Pengecualian yang tidak memberi kesan ketara ke atas penyata kewangan

(i)

Penilaian semula hartanah sebagai kos anggapan (deemed cost)

MDTM telah menggunakan peruntukan dan pengecualian peralihan buat pertama kali bagi menilai semula hartanah-hartanahnya yang tidak mempunyai kos yang diyakini. Nilai saksama ini telah digunakan sebagai kos anggapan pada tarikh pemakaian MPSAS.

(ii)

Aset dan liabiliti kewangan yang telah dinyahtiraf

MDTM tidak akan mengikraf semula mana-mana aset atau liabiliti kewangannya yang telah dinyahtiraf sebelum ini menggunapakai rangka kerja perakaunan terdahulu ketika menggunapakai rangka kerja MPSAS. Jika sesuatu aset atau liabiliti kewangan yang mungkin akan dinyahtiraf di bawah MPERS, maka MDTM memilih untuk terus mengiktiraf aset dan liabiliti kewangan tersebut sehingga ia dilupuskan atau diselesaikan.

1186

[16hb Julai 2020

(iii)

Anggaran Perakaunan

Sebelum ini, MDTM menggunakan pertimbangan untuk menentukan elaun bagi hutang ragu dan hutang lapuk. Peruntukan tertentu akan dibuat apabila MDTM menilai sesuatu hutang itu tidak boleh dikutip, manakala peruntukan am akan dibuat untuk lain-lain hutang. Selepas menggunapakai MPSAS, penilaian ke atas kemerosotan aset kewangan dibuat berdasarkan kepada peristiwa kerugian yang telah berlaku (incurred loss model), di mana kemerosotan diiktiraf berdasarkan bukti objektif yang wujud. Walau bagaimanapun, jumlah peruntukan hutang ragu pada tarikh peralihan tidak diselaraskan secara retrospektif pada tarikh tersebut.

Section 18 — LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI | mylaw.my