Malaysia legislation

Section 4

of LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI

Seksyen 4

Kurangan pendapatan sebenar bagi terimaan sebanyak 15% (-RM2,772,287.69) berbanding bajet akhir yang dianggarkan (RM17,921,874.51) adalah disebabkan:

(a)

Pertumbuhan skim-skim perumahan baru dan pusat komersial yang sederhana pada tahun 2018 sedangkan unjuran bajet bagi cukai taksiran disediakan adalah berdasarkan unjuran pertumbuhan rumah kediaman dan pusat komersial yang positif iaitu kenaikan sebanyak 3% setahun.

(b)

Terimaan bagi perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan adalah bergantung kepada pertumbuhan skim-skim baru dan pusat komersial sedangkan pertumbuhan bagi sektor pembinaan adalah sederhana pada tahun 2018.

(c)

Perolehan dari jualan barang hanya bergantung kepada terimaan utama iaitu jualan borang tender di mana perkara ini bergantung kepada jumlah bajet pembangunan (BPI)

dan geran marris setiap tahun sedangkan bajet ini juga mengambil kira terimaan dari jualan borang cetak, dokumen & pelan, jualan harta kerajaan dan lain-lain termasuk hasil pelaburan yang dilaraskan terimaan menggunakan kod terimaan 754990 di bawah objek sebagai 75000 iaitu keuntungan dan perolehan dari pelaburan. Oleh itu, basil ini tidak dicapai sepertimana bajet diunjurkan.

(d)

Kadar sewaan bangunan pemiagaan dan sewaan lain tidak mengikut kadar pasaran sedangkan bajet bagi terimaan sewaan ini mengikut cadangan kadar pasaran yang baru. Pindaan kadar sewa tidak dapat dibuat berikutan pilihanraya pada tahun 2018.

Manakala, sewaan rumah rehat adalah kurang berikutan pembinaan hotel yang baru di

Slim River. Ramai pengguna lebih tertumpu kepada penyewaan hotel yang baru.

(e)

Terimaan keuntungan & perolehan dari pelaburan bergantung kepada aliran tunai MDTM.

(f)

Terimaan denda dan hukuman diberikan diskaun maksimum 70% untuk setiap kompaun bagi tujuan menggalakkan pembayaran denda dan hukuman dibuat sedangkan unjuran bajet untuk terimaan denda dan hukuman tidak mengambil kira elemen diskaun.

(g)

Bajet bagi terimaan bagi agensi-agensi kerajaan adalah termasuk sumbangan untuk perbelanjaan mengurus bagi geran Marris sedangkan sumbangan ini dimasukkan dalam kumpulan wang amanah Marris.

Section 4 — LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI | mylaw.my