Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA BANTUAN GUAMAN 1971

Seksyen 10

(2)

Menteri boleh dengan perintah meminda atau mengubah Jadual

Kedua.

(2A)

Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1) dan seksyen 15 dan 16, Menteri boleh, apabila dia berpuas hati bahawa demi kepentingan keadilan baginya berbuat demikian mengenai mana-mana kesusahan yang tertentu, memberi kuasa secara bertulis kepada

Ketua Pengarah untuk memberikan bantuan guaman berhubung dengan mana-mana prosiding sama ada daripada perihal prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau sebaliknya.

(3)

Sesiapa jua boleh pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari selepas pengkomitan di Mahkamah Tinggi di bawah Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593], selepas pertuduhan atau sabitan di hadapan atau oleh mana-mana mahkamah, memohon dengan bertulis dalam borang yang ditetapkan kepada hakim yang telah membuat perintah itu atau yang di hadapannya orang itu telah dipertuduh atau kepada Ketua Pengarah, untuk bantuan guaman bagi pembelaannya atau bagi menyediakan dan menjalankan rayuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Jika Pendakwa Raya telah menyerahkan notis rayuan terhadap apa-apa penghakiman, hukuman atau perintah yang dibuat oleh mana-mana mahkamah, responden boleh membuat permohonan kepada hakim yang telah memberikan penghakiman, hukuman atau perintah itu, atau kepada Ketua Pengarah, untuk bantuan guaman bagi menentang rayuan itu.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

(5)

Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengesahkan fakta yang disebut dalam permohonan itu.

(6)

Hakim yang membicarakan seseorang atas sesuatu pertuduhan hendaklah memberitahu orang itu yang dia berhak untuk memohon bantuan guaman di bawah Bahagian ini.

Perakuan bantuan guaman percuma