Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“bantuan guaman” ertinya khidmat bantuan guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 2A;
“hakim” ertinya—
(a)
hakim bagi mahkamah yang ditubuhkan oleh Bahagian IX
Perlembagaan
Persekutuan, dan termasuklah
Hakim
Mahkamah Sesyen atau Majistret; atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
(b)
hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi
Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah;
“kanak-kanak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];
“Ketua Pengarah Bantuan Guaman” atau “Ketua Pengarah” ertinya
Ketua Pengarah Bantuan Guaman yang dilantik di bawah seksyen 3;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang ditubuhkan oleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Rendah
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah;
“orang yang dibantu” ertinya seseorang yang telah diberi suatu perakuan bahawa dia berhak kepada bantuan guaman di bawah Akta ini dan, jika seseorang itu seorang budak, termasuklah penjaganya;
“peguam” ertinya seseorang peguam bela dan peguam cara yang dibenarkan untuk menjalankan amalan sebagai peguam di mana-mana bahagian Malaysia;
“pengantara” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 29F;
“pengantaraan” termasuklah—
(a)
menjalankan apa-apa aktiviti bagi maksud menggalakkan perbincangan dan penyelesaian pertikaian;
(b)
mempertemukan mana-mana pihak yang bertikai bagi maksud yang disebut dalam perenggan (a), sama ada atas permintaan salah seorang daripada pihak yang bertikai atau atas usaha Ketua Pengarah Bantuan Guaman; dan
(c)
mengambil tindakan susulan tentang apa-apa perkara yang menjadi perkara mana-mana perbincangan atau penyelesaian sedemikian;
Bantuan Guaman 9
“Pengarah Kebajikan Masyarakat” ertinya orang yang sedang menjalankan kewajipan
Pengarah
Kebajikan
Masyarakat dan termasuklah mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa atau menjalankan fungsi Pengarah Kebajikan Masyarakat di sesuatu Negeri;
“penjaga” berhubung dengan seseorang budak, dengan tidak menyentuh keluasan ungkapan itu, termasuklah mana-mana orang yang difikirkan oleh Ketua Pengarah boleh dilantik dengan sepatutnya untuk menjadi wakil atau penjaga ad litem budak itu;
“sidang pengantaraan”
ertinya perjumpaan mengikut
Bahagian VA.
BAHAGIAN IA
KHIDMAT BANTUAN GUAMAN
Khidmat bantuan guaman