Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA BANTUAN GUAMAN 1971

Seksyen 3

(2)

Ketua Pengarah hendaklah dibantu oleh seorang atau beberapa orang lain yang dilantik oleh Menteri dan orang itu hendaklah diberi apa-apa nama jawatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Walau apa pun apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah dan mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) berhak, bagi maksud Akta ini, untuk hadir dan berguam dalam semua mahkamah di Malaysia.

(4)

Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada arahan dan

Bantuan Guaman 11

penyeliaan am Ketua Pengarah, dan tertakluk pada yang demikian, hendaklah mempunyai serta menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain kuasa yang diberikan oleh seksyen 5 dan 27.

(5)

Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2), melainkan jika dia sememangnya seorang pekhidmat awam, hendaklah—

(a)

menerima saraan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong;

(b)

disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Penyeliaan keseluruhan oleh Menteri