Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Mana-mana peguam berhak untuk dimasukkan namanya ke dalam panel itu atau mana-mana daripadanya melainkan jika ada sebab yang baik untuk menyingkirkannya berbangkit daripada kelakuannya apabila bertindak atau ditugaskan untuk bertindak bagi
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
pihak orang yang menerima bantuan guaman atau berbangkit daripada kelakuan profesionalnya pada amnya.
(3)
Jika seseorang peguam terkilan dengan mana-mana keputusan untuk menyingkirkannya (sama ada untuk selama-lamanya atau untuk sementara) daripada panel itu atau mana-mana daripadanya, dia boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Tinggi (yang keputusannya adalah muktamad) boleh mengesahkan atau membatalkan keputusan yang dirayukan itu atau menggantikannya dengan suatu keputusan yang difikirkannya patut.
(4)
Tertakluk pada subseksyen 24(2), mana-mana peguam boleh pada bila-bila masa meminta Ketua Pengarah mengeluarkan namanya daripada panel itu atau mana-mana daripadanya dan Ketua Pengarah hendaklah mematuhi permintaan itu.
(5)
Tertakluk pada apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Ketua Pengarah hendaklah membayar kepada seseorang peguam yang menyiasat dan membuat laporan atau memberikan sesuatu pendapat mengenai permohonan bantuan guaman atau yang bertindak bagi pihak orang yang menerima bantuan guaman atau kerana memberikan nasihat guaman di bawah peruntukan Akta ini apa-apa fi sebagaimana yang dipersetujui antara Ketua Pengarah dengan peguam itu.