Malaysia legislation

Section 17

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 17

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Selepas menimbangkan permohonan, Ketua Pengarah boleh meluluskan penyediaan khidmat nasihat guaman kepada pemohon.

(4)

Ketua Pengarah boleh, selepas kelulusan diberikan, menasihati orang yang dibantu atau menugaskan seorang peguam daripada panel peguam untuk menasihati orang yang dibantu itu.

(5)

Jika pemohon seorang kanak-kanak, permohonan itu hendaklah dibuat bagi pihak kanak-kanak itu oleh ibu bapa atau penjaganya dan apa-apa sebutan kepada pemohon dalam Bab ini hendaklah termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 878

Kaedah pemberian nasihat guaman

Section 17 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026