Malaysia legislation

Section 22

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 22

(a)

mengendalikan apa-apa siasatan yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan—

(i)

kemampuan dan keadaan pemohon itu;

(ii)

merit kes itu; dan

(iii)

keperluan untuk merujuk permohonan itu kepada

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat termasuklah

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagi setiap Negeri untuk suatu laporan mengenai kemampuan dan keadaan pemohon itu;

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 878

(b)

menghendaki pemohon untuk menyediakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud menimbangkan permohonan itu;

(c)

menghendaki pemohon itu hadir sendiri di hadapan

Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik;

(d)

merujuk permohonan itu atau apa-apa hal perkara yang timbul dalam permohonan itu kepada mana-mana panel peguam untuk—

(i)

menyiasat fakta dan membuat suatu laporan berkenaan dengan fakta itu; atau

(ii)

memberikan apa-apa pendapat mengenai fakta itu atau mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang timbul dalam permohonan itu;

(e)

mengambil atau mengarahkan supaya diambil apa-apa langkah yang perlu untuk memelihara kepentingan pemohon itu sementara menunggu keputusan permohonannya; dan

(f)

membayar perbelanjaan yang bersampingan dengan apa-apa hal perkara yang disebut di atas daripada wang yang diperuntukkan bagi maksud itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh menolak apa-apa pemohonan di bawah subseksyen (1) jika pemohon gagal untuk menyediakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Pengeluaran perakuan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah

Section 22 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026