Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
pemohon itu mempunyai alasan yang munasabah bagi membawa, membela, meneruskan atau menjadi suatu pihak kepada prosiding itu; dan
(b)
pemohon itu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 878
(2)
Ketua Pengarah boleh, sebelum mengeluarkan perakuan bantuan guaman kepada pemohon yang disebut dalam subseksyen (1), menghendaki pemohon untuk membayar kepada Ketua Pengarah suatu sumbangan terhadap amaun yang kena dibayar atas akaun pemohon itu bagi maksud pemfailan di mahkamah dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2) dan seksyen 24, Ketua
Pengarah boleh—
(a)
mengeluarkan perakuan bantuan guaman yang berasingan kepada pemohon bagi setiap kausa tindakan yang berbeza walaupun pertikaian itu melibatkan pihak yang sama;
dan
(b)
menghendaki pemohon untuk membayar sumbangan kepada Ketua Pengarah, bagi apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, bagi setiap perakuan yang disebut dalam perenggan (a), dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.
Pengeluaran perakuan bantuan guaman selepas mendapat kebenaran Menteri dalam prosiding sivil dan syariah