Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Jika terdapat apa-apa lebihan sumbangan dalam akaun orang yang dibantu, orang yang dibantu itu boleh, dalam tempoh enam bulan dari tarikh perakuan bantuan guaman ditamatkan, memohon kepada Ketua Pengarah untuk lebihan sumbangan itu dibayar balik.
(3)
Lebihan sumbangan yang perlu dibayar balik di bawah subseksyen (2) tidak boleh melebihi dua puluh lima peratus daripada sumbangan yang merupakan kos kepeguaman yang telah dibayar menurut subseksyen (1).
(4)
Orang yang dibantu itu hendaklah disifatkan telah melepaskan haknya jika orang yang dibantu itu tidak memohon bagi pembayaran balik lebihan sumbangan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
(5)
Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, apa-apa sumbangan yang belum dibayar atas akaun orang yang dibantu berhubung dengan apa-apa prosiding sivil atau syariah, hendaklah menjadi suatu tanggungan pertama atas apa-apa harta yang boleh didapatkan semula atau dipertahankan bagi orang yang dibantu dalam prosiding itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 878
(6)
Bagi maksud subseksyen (5), apa-apa harta yang didapatkan semula atau dipertahankan bagi mana-mana orang yang dibantu hendaklah termasuk—
(a)
haknya di bawah apa-apa persetujuan penyelesaian dalam prosiding itu; dan
(b)
apa-apa wang yang didapatkan semula menurut sesuatu perintah untuk kos yang dibuat bagi faedahnya dalam prosiding itu.
(7)
Tanggungan yang diwujudkan oleh subseksyen (5) atas apa-apa ganti rugi atau kos tidak boleh menghalang mahkamah daripada membenarkan ganti rugi dan kos itu ditolak daripada ganti rugi atau kos lain jika lien peguam untuk kos tidak menghalangnya.
Merekodkan dan memfailkan perakuan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah