Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(a)
apa-apa perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan di bawah seksyen 23 atau 25, sama ada suatu permohonan telah dibuat bagi maksud itu atau tidak; dan
(b)
selepas mendapat kebenaran daripada Menteri, apa-apa perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan di bawah seksyen 26.
(2)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang dilantik hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang munasabah atau perlu untuk mengeluarkan suatu notis pembatalan perakuan bantuan guaman kepada orang yang dibantu.
(3)
Notis pembatalan perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan kepada orang yang dibantu itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh orang yang dibantu itu menerima notis tersebut.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 878
(4)
Sekiranya perakuan bantuan guaman yang dibatalkan telah difailkan di mana-mana mahkamah, Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik hendaklah memfailkan di mahkamah itu suatu notis pembatalan perakuan bantuan guaman dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pemfailan notis itu di mahkamah.
(5)
Mahkamah hendaklah, apabila menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (4), memerintahkan semua prosiding sivil atau syariah yang belum selesai berhubung dengan orang yang dibantu itu ditangguh—
(a)
bagi tempoh satu bulan; atau
(b)
bagi apa-apa tempoh lain selepas mengambil kira kepentingan keadilan pihak yang mungkin terkesan oleh perintah penangguhan itu.
(6)
Seseorang itu hendaklah terhenti daripada menjadi orang yang dibantu berkuat kuasa dari—
(a)
tarikh orang itu menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (3); atau
(b)
tarikh pemfailan notis pembatalan di mahkamah di bawah subseksyen (4).
Pendahuluan bagi perbelanjaan luar jangka dalam prosiding sivil dan syariah