Malaysia legislation

Section 37

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 37

(a)

untuk menasihati penjaga, atau pelindung orang yang dibantu yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mengenai perkara undang-undang yang timbul dari prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;

(b)

untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan yang berhubungan dengan pertuduhan terhadap mana-mana tertuduh dalam mana-mana prosiding jenayah yang orang yang dibantu itu merupakan mangsa;

(c)

untuk mendampingi orang yang dibantu dalam mana-mana prosiding di mahkamah, dan dengan kebenaran mahkamah untuk bercakap bagi pihak orang yang dibantu, jika perlu; dan

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 37

(d)

untuk menasihati penjaga, atau pelindung seseorang yang dibantu sebagaimana yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan apa-apa prosiding sivil yang boleh dibawa atau dimulakan oleh orang yang dibantu itu, yang timbul dari prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Permohonan bagi khidmat pendamping guaman

Section 37 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026