Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(a)
bertindak bagi pihak orang yang dibantu itu; atau
(b)
menugaskan seorang peguam yang dipilih sama ada oleh orang yang dibantu itu atau Ketua Pengarah untuk bertindak bagi pihak orang yang dibantu itu.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah merekodkan nama peguam yang ditugaskan itu dalam perakuan bantuan guaman.
(3)
Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan hendaklah memfailkan perakuan bantuan guaman itu tanpa dikenakan fi mahkamah untuk memulakan apa-apa prosiding di mahkamah.
(4)
Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan itu hendaklah mewakili orang yang dibantu dalam prosiding mahkamah selepas perakuan bantuan guaman itu difailkan di mahkamah.
(5)
Jika terdapat apa-apa pertukaran peguam yang ditugaskan kepada orang yang dibantu, Ketua Pengarah atau peguam yang baharu hendaklah memfailkan di mahkamah yang mendengar prosiding itu suatu notis pertukaran peguam.
(6)
Apabila perakuan bantuan guaman itu telah difailkan menurut subseksyen (3), orang yang dibantu itu—
(a)
hendaklah diberikan suatu salinan rekod nota hakim bagi prosiding jenayah yang berkaitan dengan orang yang dibantu itu secara percuma;
(b)
tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa fi mahkamah;
dan
(c)
tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kos kepada mana-mana pihak lain dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan orang yang dibantu itu.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 39
Pembatalan perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman