Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Ketua Pembela Awam boleh mengeluarkan perakuan pembelaan awam kepada pemohon selepas pembayaran fi yang ditetapkan dan selepas menimbangkan permohonan di bawah seksyen 53 dan berpuas hati bahawa—
(a)
pemohon itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mendapat khidmat pembelaan awam dalam prosiding jenayah itu;
(b)
pemohon itu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan
(c)
kesalahan yang dipertuduhkan ke atas pemohon adalah dalam ruang lingkup khidmat pembelaan awam.
Pengeluaran perakuan pembelaan awam selepas mendapat kebenaran Menteri