Malaysia legislation

Section 60

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 60

(2)

Permohonan bagi khidmat pembelaan awam di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu permohonan baharu bagi khidmat pembelaan awam.

(3)

Seksyen 53, 54, 56, 57, 58 dan 59 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi permohonan untuk khidmat pembelaan awam di bawah seksyen ini.

(4)

Rayuan yang disebut di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan kelulusan Ketua Pembela Awam tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pembela

Awam.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), bagi maksud mematuhi kaedah-kaedah berkenaan dengan tempoh masa yang ditetapkan bagi pemfailan suatu rayuan, suatu notis rayuan boleh difailkan terlebih dahulu tanpa kelulusan Ketua Pembela Awam.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 49

(6)

Notis rayuan yang difailkan oleh tertuduh yang dibantu itu boleh diteruskan sendiri walaupun permohonannya untuk khidmat pembelaan awam tidak diluluskan oleh Ketua Pembela Awam.

Rayuan terhadap keputusan mahkamah oleh Pendakwa Raya

Section 60 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026