Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
(a)
pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan bagi bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam;
(b)
pemfailan atau pengemukaan apa-apa akuan berkanun, kertas kausa, penyelesaian atau persetujuan yang direkodkan, atau mana-mana dokumen lain;
(c)
pembayaran apa-apa fi, sumbangan, kos, caj dan apa-apa bayaran lain;
(d)
penyampaian apa-apa perakuan, notis, arahan, perintah, kertas kausa, resit atau apa-apa dokumen lain;
(e)
penugasan atau pertukaran peguam bagi maksud bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam berhubung dengan mana-mana peruntukan di bawah Akta ini; dan
(f)
penyediaan khidmat nasihat guaman dan pengantaraan.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 878
(2)
Ketua Pengarah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekalipun yang timbul yang terdapat dalam perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan elektronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan elektronik itu.
(3)
Semua transaksi yang dibuat di bawah subseksyen (1)
adalah disifatkan telah diberikan oleh seseorang kepada
Ketua Pengarah pada tarikh pengakuterimaan transaksi itu dihantar secara elektronik oleh Ketua Pengarah kepada orang itu.
Pernyataan palsu atau mengelirukan, dsb.