Malaysia legislation

Section 64

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 64

(a)

bantuan guaman yang disediakan kepada orang yang dibantu atau khidmat pembelaan awam yang disediakan kepada tertuduh yang dibantu telah diperoleh melalui fraud atau salah nyataan;

(b)

orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu telah berkelakuan atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh memprejudiskan kepentingan keadilan; atau

(c)

bagi prosiding sivil atau syariah, orang yang dibantu didapati telah menyalah guna proses mahkamah dalam tindakan atau pembelaan berkaitan prosiding itu.

(2)

Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1), kos itu hendaklah ditaksir seolah-olah pihak yang diperintahkan membayar kos itu bukan orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu dan kos itu bolehlah didepositkan ke dalam akaun amanah.

(3)

Kos yang diperintahkan untuk dibayar itu, melainkan jika diarahkan selainnya oleh perintah itu, hendaklah termasuk—

(a)

fi yang disebut dalam perenggan 28(6)(a) dan (b) atau perenggan 57(6)(a) dan (b); dan

(b)

apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh Ketua Pengarah untuk membayar perbelanjaan luar jangka mengikut seksyen 30 atau 59.

(4)

Jika perintah bagi kos di bawah subseksyen (1) terdiri daripada kos yang disebut dalam subseksyen (3) dan apa-apa kos yang lain, kos yang diterima oleh orang yang terjejas hendaklah terlebih dahulu dibelanjakan bagi pembayaran kos yang disebut dalam subseksyen (3).

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 878

(5)

Selepas perintah bagi kos dibuat di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membenarkan orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu itu—

(a)

dalam prosiding jenayah, untuk meneruskan pembelaannya atas perbelanjaannya sendiri; atau

(b)

dalam prosiding sivil atau syariah, untuk menarik balik pliding atas apa-apa sebab yang dibenarkan mengikut kaedah-kaedah mahkamah.

(6)

Bagi maksud subseksyen (1), “orang yang terjejas” ertinya

Ketua Pengarah yang telah bertindak bagi orang yang dibantu,

Ketua Pembela Awam yang telah bertindak bagi tertuduh yang dibantu, seorang peguam yang ditugaskan untuk bertindak bagi orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu itu atau orang yang telah dijadikan sebagai pihak satu lagi dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah.

Komunikasi terlindung

Section 64 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026