Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, Ketua Pengarah, Ketua Pembela Awam, peguam yang ditugaskan, pegawai yang dilantik, pegawai pembela awam dan pengantara atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 55