Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
(a)
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan penyediaan bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam;
(b)
untuk menetapkan semua fi, caj, kos, sumbangan, pendahuluan atau apa-apa pembayaran yang kena dibayar di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 878
(c)
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan mendapatkan semula wang yang kena dibayar berkenaan dengan bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam;
(d)
untuk menetapkan apa-apa peruntukan yang perlu bagi hal keadaan khas jika—
(i)
seseorang meminta bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam dalam sesuatu perkara yang perlu disegerakan oleh sebab yang khas;
(ii)
seseorang mula menerima bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam selepas berunding dengan seseorang peguam secara biasa berkenaan dengan perkara itu, atau berhenti daripada menerima bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam sebelum perkara yang berkenaan itu diselesaikan dengan muktamad; dan
(iii)
terdapat apa-apa perubahan hal keadaan yang berkaitan dalam masa seseorang menerima bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam;
(e)
untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Akta ini.