Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2026

Seksyen 3

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4—

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 7 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 7

(a)

Peguam Negara yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

Pengerusi Majlis Peguam yang hendaklah menjadi

Timbalan Pengerusi;

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(c)

seorang Hakim yang dinamakan oleh Ketua

Hakim Negara;

(d)

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Jabatan Perdana Menteri;

(e)

Ketua Pendaftar;

(f)

seorang anggota Badan Peguam Malaysia yang dinamakan oleh Majlis Peguam dan dilantik oleh Menteri;

(g)

seorang anggota sepenuh masa daripada kakitangan akademik suatu Fakulti Undang-Undang yang dinamakan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi dan dilantik oleh Menteri;

(h)

seorang anggota sepenuh masa daripada kakitangan akademik suatu fakulti undang-undang institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi

Swasta 1996 [Akta 555] yang dinamakan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi dan dilantik oleh Menteri;

(i)

seorang anggota yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Sabah dan

Sarawak dan mengamal undang-undang di Negeri Sabah yang dinamakan oleh Persatuan Undang-Undang Sabah dan dilantik oleh Menteri;

(j)

seorang anggota yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan mengamal undang-undang di Negeri Sarawak yang dinamakan oleh Persatuan Peguam Bela Sarawak dan dilantik oleh Menteri; dan

(k)

tiga anggota lain yang dilantik oleh Menteri.

(2)

Anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan (1)(k)—

(a)

hendaklah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perundangan, pendidikan atau tatakelola;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1784

(b)

setakat yang praktik, hendaklah terdiri daripada lelaki dan wanita, pelbagai latar belakang agama atau ras, dan orang kurang upaya; dan

(c)

hendaklah dapat menyumbang kepada kemajuan profesion undang-undang.

(3)

Mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik berdaftar tidak boleh dinamakan atau dilantik sebagai anggota Lembaga.

(4)

Seseorang anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)(f), (g), (h), (i), (j) dan (k) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dengan apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(5)

Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan.”.

Seksyen baharu 7a, 7b dan 7c