Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
“Keanggotaan Lembaga
seksyen yang berikut:
“Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 7a. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga di bawah perenggan 7(1)(g), (h), (i), (j) dan (k) tanpa memberikan apa-apa alasan bagi pembatalan itu.
(2)
Seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis kepada Menteri.
Pengosongan jawatan 7b. Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong jika—
(a)
dia mati;
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama tempoh yang melebihi dua tahun;
(c)
dia menjadi bankrap atau tidak solven;
(d)
dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e)
dia memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik berdaftar;
(f)
dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
(g)
peletakan jawatannya telah diterima oleh Menteri; atau
(h)
pelantikannya telah dibatalkan oleh Menteri.
Elaun 7c. Semua anggota Lembaga hendaklah dibayar apa-apa elaun dan faedah lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri.”.
Pemotongan seksyen 8