Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2026

Seksyen 6

Penggantian seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 9

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat

Lembaga, dan jika Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(3)

Kuorum Lembaga ialah lapan orang.

(4)

Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir dalam mesyuarat Lembaga berhak memberikan satu undi.

(5)

Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat

Lembaga hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir, dan jika terdapat undi yang sama banyak, pengerusi mesyuarat itu hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.

(6)

Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(7)

Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(8)

Seseorang anggota Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menzahirkan kepada Lembaga apa-apa kepentingan, sama ada substantial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota Lembaga, dalam sesuatu perkara tertentu.

(9)

Suatu penzahiran di bawah subseksyen (8) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya penzahiran itu dibuat, dan selepas penzahiran itu anggota Lembaga itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga.

Profesion Undang-Undang (Pindaan)

(10)

Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat.

(11)

Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.”.

Seksyen baharu 9b, 9c dan 9d

Section 6 — LEGAL PROFESSION (AMENDMENT) ACT 2026 | mylaw.my