Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
pentadbiran dan pengurusan Lembaga;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 75
(b)
perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan
(c)
pelaksanaan apa-apa keputusan Lembaga.
(3)
Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(4)
Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga.
(4a)
Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan kepada
Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—
(a)
tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan
(b)
hendaklah dilakukan atas nama Lembaga.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain