Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham debentur, atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
peruntukan modal kerja;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 75
(b)
penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;
(c)
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;
(d)
penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
(e)
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
Pelaburan