Malaysia legislation

Section 26

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA 1972

Seksyen 26

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen

Lembaga boleh mengambil khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknikal termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki diuruskan atau dilakukan pada menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Section 26 — LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972