Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
pentadbiran dan pengurusan Lembaga;
(b)
perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan
(c)
pelaksanaan apa-apa keputusan Lembaga.
(3)
Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Lembaga.
(4)
Pengurus Besar hendaklah mempunyai kawalan pentadbiran ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(5)
Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga dari semasa ke semasa.
(6)
Untuk membantu Pengurus Besar dalam fungsinya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang Timbalan
Pengurus Besar atau lebih dan meletakhakkan pada mereka apa-apa kuasa dan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apa kewajipan dan fungsi yang ditentukan oleh Lembaga.
(7)
Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,
Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Pengurus Besar untuk melaksanakan kewajipan Pengurus Besar semasa Pengurus
Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
(7a)
Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak pada atau dipertanggungkan ke atas
Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—
(a)
tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan
(b)
hendaklah dilakukan atas nama Lembaga.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 15
(8)
Pengurus Besar dan tiap-tiap Timbalan Pengurus Besar ialah pegawai Lembaga.
Penyusunan Lembaga kepada Bahagian-Bahagian