Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri;
(b)
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman;
(c)
wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(d)
wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(e)
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(f)
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(g)
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 17
(3)
Dalam seksyen ini ungkapan “pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa kepada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri melalui pinjaman.
Pengimbangan akaun hasil