Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuat kuasa.
*34–35. (Dipotong oleh Akta A1541).
*CATATAN—Lihat seksyen 15 Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017
[Akta A1541] bagi peruntukan peralihan berhubung dengan pemakaian seksyen 34 dan 35.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 249