Malaysia legislation

Section 14

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (PINDAAN) 2017

Seksyen 14

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kedua

Jadual yang berikut:

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan)

9

“Jadual Ketiga

[Subseksyen 28a(2)]

Quoted provision

Seksyen 1

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa dan memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi suatu jawatankuasa.

(3)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(4)

Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga.

(5)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada

Pengerusi Lembaga.

Mesyuarat

Quoted provision

Seksyen 2

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa itu tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

(3)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperenggan (2) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Tatacara

Quoted provision

Seksyen 3

Tertakluk kepada Akta ini, jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.”.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1541

Persetujuan dan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 1981

hendaklah terus berkuat kuasa

Section 14 — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (AMENDMENT) ACT 2017