Malaysia legislation

Section 11

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983

Seksyen 11

Selain daripada kewajipan-kewajipan yang dipertanggungkan ke atas dan kuasa-kuasa yang diletakhak pada Lembaga oleh Akta ini, Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbir dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang mungkin diuntukkan atau diberi kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau, dengan kelulusan Menteri, oleh Kerajaan Negeri, dan dalam melakukan yang demikian, Lembaga hendaklah disifatkan sebagai menunaikan maksud Akta ini, dan peruntukan-peruntukan Akta ini adalah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:

Dengan syarat sentiasanya bahawa wang itu dan akaun-akaunnya hendaklah disimpan berasingan dan berlainan dari akaun-akaun Kumpulan Wang.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan-peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir tiap-tiap satu tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Lembaga dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

Section 11 — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983