Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"Bahagian" ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
"Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang" ertinya kawasan atau kawasan-kawasan yang ditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 10 menjadi Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;
"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;
"Lembaga" ertinya Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"Negeri" ertinya Negeri Pulau Pinang;
“Pengerusi”ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5 dan termasuklah Timbalan Pengerusi apabila melaksanakan tugas-tugas Pengerusi di bawah seksyen 13 (2) dan mana-mana anggota Lembaga apabila mempengerusikan mana-mana mesyuarat Lembaga;
"Pengurus Besar"ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 14 (1) dan termasuklah Timbalan Pengurus Besar yang diarahkan melaksanakan tugas-tugas Pengurus Besar di bawah seksyen 14 (7);
"perbadanan" ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;
"syarikat" mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepada "corporation" di bawah seksyen 4 (1) Akta Syarikat 1965;
"Timbalan Pengerusi" ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
"Timbalan Pengurus Besar" ertinya Timbalan Pengurus Besar yang dilantik di bawah seksyen 14 (6).