Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang;
(b)
memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang; dan
(c)
mengawal dan menyelaraskan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut di atas dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.
(2)
Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang bermanfaat atau munasabah perlu bagi atau bersampingan dengan, penjalanan fungsi-fungsi-nya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas—
(a)
menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti perdagangan dan perindustrian dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya, pada pendapatnya adalah perlu, berfaedah atau mudah untuk atau berkaitan dengan menjalankan fungsi-fungsinya yang tersebut itu, termasuk mengilang, memasang, memproses, mempek, menggred dan memasarkan keluaran-keluaran;
(b)
mendayausahakan kajian-kajian permulaan mengenai kawasan-kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan-rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti-aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada projek-projek pembangunan atau pembangunan semula mungkin boleh diusahakan dan dilaksanakan;
(c)
bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen-urusan bagi, atau secara lain bertindak bersama dengan atau bagi pihak, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain;
(d)
memajukan dan menyelaraskan penjalanan aktiviti-aktiviti itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain;
(e)
dengan kelulusan Menteri dan dengan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan atau memperkembangkan, atau memajukan penu-buhan atau pengembangan syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan atau badan-badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau separa-kawalan Lembaga atau secara bebas;
(f)
memberi bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang, pada pendapat Lembaga, ada mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu termasuk, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, bantuan kewangan dengan mengambil modal syer atau pinjaman atau dengan memberi pinjaman dan selainnya;
(g)
dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, membeli, mengunderait atau secara lain memperolehi apa-apa stok dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan;
(h)
menghendaki jabatan-jabatan dan ejensi-ejensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang supaya mengemukakan laporan-laporan yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang ditentukan oleh Lembaga mengenai aktiviti atau aktiviti yang dicadangkannya;
(i)
melantik ejen-ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkannya patut bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya;
(j)
mengenakan fee atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana mana kuasa atau fungsinya;
(k)
menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan perkhidmatan yang diberi olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;
(l)
mengatur pembangunan dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang; dan
(m)
melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkanya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya dengan berkesan.
(3)
Tertakluk kepada seksyen 9, adalah menjadi tanggungjawab Lembaga dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini mempastikan bahawa fungsi-fungsi itu dijalankan sejajar dengan dasar Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan khususnya dasar berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.
(4)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), (2) dan (3), Lembaga hendaklah pertama sekali berunding dengan Kerajaan Negeri sebelum menjalankan apa-apa fungsinya yang melibatkan perancangan pembangunan.